Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin walaupun cuma organisasi yang kecil, tidak kira apa sahaja jawatan kamu, ketua perwakilan pelajar, ketua kadet, ketua pengawas sekolah atau ketua kelas sekalipun. Bagi PH, bila kita diberi sesuatu jawatan itu bermakna orang percayakan kita dan orang mahu kita lakukan sesuatu yang baru iaitu transformasi dari pelbagai perspektif.
Perkara Wajib Pemimpin Perlu Belajar
Seorang pemimpin perlu ada sifat kepimpinan. Kepimpinan disini ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir dan bertindak dengan cara-cara tertentu. Seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan.
Pemimpin juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan organisasi. Banyak yang PH membaca bagaimana untuk menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional. Antara aspek yang penting untuk menjadi seorang pemimpian adalah dari segi mentaliti, moralitidan kemasyarakatan. Apakah ia penting? Ya ! ia adalah sangat penting, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan 3 Aspek Wajib Seorang Pemimpin.
Mentaliti*Keberanian atau kesungguhan dalam memimpin
*Mempunyai inisiatif atau tindakan yang lain
*Mempunyai kreativiti bagaimana untuk menggerakkan organisasi,Moraliti*Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
*Sikap positif dan terbuka.
*Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
*Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.Kemasyarakatan*Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
*Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan *pendirian dan ketahanan diri.
*Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
InshaAllah jika kita ada sifat di atas dan ikhlaskan hati kerana Allah Taala pasti semuanya akan jadi baik-baik sahaja.
sumber dari : http://profhariz.com/belajar-menjadi-pemimpin-yang-baik-dan-profesional/
sumber dari : http://profhariz.com/belajar-menjadi-pemimpin-yang-baik-dan-profesional/








0 ulasan:
Catat Ulasan